MELUR KEBAYA KIDS TENCEL COTTON COLLECTION RAYA 2026
BAJU KURUNG BUDAK
Memperkenalkan Melur Kids Collection Raya 2026, koleksi eksklusif yang memadukan keindahan tradisi Melayu dengan sentuhan moden khas untuk si kecil. Direka dengan menitikberatkan keselesaan, kelembutan fabrik dan perincian kemas, koleksi ini menampilkan potongan kebaya kutu baru yang anggun serta mudah digayakan untuk pelbagai acara perayaan.
Diperbuat daripada Tencel Cotton Premium (50% Tencel, 50% Cotton), helaian ini lembut pada kulit, sejuk dipakai dan mempunyai pengudaraan yang baik, sesuai untuk pemakaian kanak-kanak sepanjang hari. Setiap baju dilengkapi lining di bahagian dalam badan bagi memastikan keselesaan maksimum. Menambah nilai eksklusif, terdapat sulaman biku lima hand-made di hujung lengan dan hujung baju, memberikan sentuhan tradisional yang halus dan kemasan yang rapi.
Potongan kebaya kutu baru dengan cutting moden mengekalkan siluet kemas, manakala zip di bahagian belakangmemudahkan pemakaian. Kain bawahan potongan kipas belakang direka untuk memberi ruang pergerakan yang selesa serta penampilan yang anggun untuk si kecil tampil manis di pagi Syawal.
Saiz: S, M, L, XL
Pilihan Warna Eksklusif (10 Warna)
Morning Lilac · Nude Rose · Dark Burgundy · Redplum · Night Indigo · Biscotti · Baby Yellow · Young Pistachio · Ashblue · Royal Silver
Arahan Penjagaan
Basuh menggunakan air suhu rendah
Elakkan penggunaan peluntur
Seterika pada suhu sederhana
Digalakkan basuhan berasingan untuk warna gelap
Elakkan pengering suhu tinggi bagi mengekalkan kelembutan fabrik, sulaman dan manik hand-made









