MELAYUKU JANGAN HILANG | BAK TAILOR
Memelihara Identiti, Menyambung Warisan
"Melayu itu halus seninya, dalam budayanya, tinggi nilainya.
Jangan biar hilang."
"Melayu Ku Jangan Hilang" ialah ruangan khas dari Bak Tailor yang meraikan warisan bangsa melalui seni berpakaian. Dalam dunia moden yang serba pantas, kami percaya bahawa budaya bukan sekadar kenangan — ia harus terus dipakai, dihargai, dan diwariskan.
Melestarikan Warisan, Menyemai Kefahaman Generasi
Sejak tahun 2018, Bak telah mengambil inisiatif untuk terlibat secara aktif dalam usaha melestarikan pakaian tradisional Melayu, khususnya baju Melayu — lambang keindahan, falsafah, dan kebijaksanaan bangsa. Kami percaya bahawa pakaian bukan hanya untuk dipakai, tetapi menjadi medium yang menghubungkan kita dengan nilai budaya yang kaya serta jati diri yang mendalam.
Warisan ini membawa bersama prinsip-prinsip yang mendorong masyarakat untuk menjadi kreatif, produktif dan penuh hikmah. Maka, ia wajar diperjuangkan agar generasi baharu dapat memahami konteks kehidupan dengan lebih berarif dan bermaruah.
DOKUMENTARI
Episod 1 | Pengenalan Busana Melayu, Tanjak, Samping, Keris FT TOKMAS
Episod 2 | Tentang Keris Melayu FT TOKMAS | Keris Melayu
Episod 3 | Pesanan Dari Hati FT Murtaza Maarof
Satu Sumbangan Untuk Bangsa & Warisan
Sebagai kesinambungan usaha ini, dokumentari ini dihasilkan sebagai sumbangan kecil Bak kepada masyarakat, khususnya mereka yang terlibat dan prihatin terhadap warisan budaya tanah air.
Kami berharap dokumentari ini:
- Memberi manfaat kepada bangsa dan negara
- Menyemai kesedaran dalam kalangan generasi muda
- Membuka mata dunia tentang kekayaan budaya Malaysia
- Menghargai setiap insan yang memainkan peranan dalam mewariskan nilai-nilai agung bangsa Melayu
"Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia adalah sejarah yang dijahit kemas, warisan yang dipakai, dan identiti yang dibanggakan."