Baju Kurung Dewasa Saveiro Cotton direka khas untuk wanita yang sukakan gaya klasik dan moden dalam satu koleksi. Menggunakan material cotton yang selesa, ringan dan sesuai dipakai sepanjang hari, koleksi ini hadir dengan 3 design eksklusif yang menggunakan kain yang sama tetapi dengan gaya berbeza.
✨ Design 1: Classic Beads
Baju kurung klasik berpesak yang elegan, dihiasi dengan beads di bahagian hadapan dan lengan untuk sentuhan mewah. Kemasan sulam biku 5 pada hujung lengan dan baju menambahkan lagi elemen tradisional. Dipadankan dengan kain checked lipat kipas tepi yang kemas dan cantik.
✨ Design 2: Freeda Beads
Baju kurung Kedah moden yang lebih santai tetapi tetap bergaya, dilengkapi dengan perincian beads di bahagian hadapan dan lengan. Digandingkan dengan kain checked kipas belakang untuk look yang lebih sleek dan moden.
✨ Design 3: Frill Tamara
Baju kebaya moden fit yang menonjolkan bentuk badan dengan potongan yang kemas. Dihiasi dengan pleated menggunakan kain checked yang sama, memberikan gaya yang unik dan eksklusif. Dipadankan dengan kain kipas belakang untuk penampilan yang lebih anggun.
💖 Terdapat 10 pilihan warna menarik untuk anda pilih mengikut citarasa dan personaliti.
Sesuai digayakan untuk pelbagai majlis seperti hari raya, kenduri atau acara istimewa ✨
📌 NOTES: Preorder mengambil masa 7–14 hari bekerja.










